65. Pindaan seksyen 90
Feedback & supportSeksyen 90 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (12), dengan memasukkan selepas perkataan “kanak-kanak itu,” perkataan “mengarahkan pegawai akhlak untuk menyediakan dan mengemukakan laporan akhlak kepada Mahkamah untuk Mahkamah itu”;
dan
(b)
dalam subseksyen (13), dengan menggantikan perkataan
“oleh seorang pegawai akhlak” dengan perkataan “dan dikemukakan oleh pegawai akhlak itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh arahan diberikan oleh Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak kepada pegawai akhlak itu untuk menyediakan dan mengemukakan laporan akhlak itu”.