Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 · Updated to 2 Feb 2024 · Bahagian IV · Kawalan Penjualan
11. Larangan penjualan produk tembakau, dsb., tiruan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menjual apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 19
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.