Skip to content
In forceUpdated to 2 Feb 2024Read it in English

Bahagian IV · Kawalan Penjualan

12. Larangan produk tembakau, dsb., sebagai pemberian atau hadiah

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh menjual—

(a)

apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau bersama dengan apa-apa kupon, ganjaran, barang, tawaran atau perkhidmatan sebagai suatu pemberian atau hadiah;

(b)

apa-apa barang atau perkhidmatan bersama dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau sebagai suatu pemberian atau hadiah;

(c)

apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau bersama dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau sebagai suatu pemberian atau hadiah; atau

(d)

apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dibungkus atau dilabel bersama atau sebaliknya dengan apa-apa barang atau perkhidmatan lain.

Undang-Undang Malaysia 20

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Larangan Merokok

Bahagian VII

Liabiliti Pengilang, Pengimport atau Pengedar

Bahagian VIII

Pentadbiran

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XI

Bahagian XII

Peralihan