Skip to content

Seksyen 49

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

of Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024

ActIn forceProvision 49 of 54
Seksyen 49
(1)

Jika mana-mana pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang yang semasa melakukan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang bertindak atas apa-apa sifat itu atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang atau membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas kapasiti itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil semua langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman, penalti atau pelucuthakan bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau pelucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja kepada ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;

(b)

oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 45

(c)

oleh pekerja ejen orang itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.