Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 · Updated to 2 Feb 2024 · Bahagian XI
51. Tanggung rugi
Feedback & support(1)
Kerajaan tidak boleh bertanggungan untuk menggantikan apa-apa kerugian yang pemunya atau penghuni atau orang yang bertanggungjawab bagi mana-mana premis akibat daripada kemasukan, penggeledahan atau penyitaan di bawah Akta ini, melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan oleh pengabaian atau kesalahan yang disengajakan oleh seorang pegawai awam.
(2)
Jika berlaku apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan sedemikian, maka amaun pampasan itu hendaklah diputuskan dan ditentukan secara terus oleh suatu mahkamah Majistret.