Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 · Updated to 2 Feb 2024 · Bahagian III · Pengiklanan, Promosi dan Tajaan
8. Larangan pengiklanan produk tembakau, dsb., tiruan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan, menyebabkan untuk diterbitkan, atau mengambil bahagian dalam penerbitan, bagi apa-apa iklan yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan yang—
mengandungi apa-apa dorongan tersurat atau tersirat, cadangan atau galakan untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan; atau
penggunaannya dikira, secara tersurat atau tersirat, yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
Undang-Undang Malaysia 16
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.