Skip to content
In forceUpdated to 2 Feb 2024Read it in English

Bahagian III · Pengiklanan, Promosi dan Tajaan

9. Larangan promosi atau tajaan produk tembakau, dsb

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mempromosi atau menaja, atau mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan yang mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok atau dipromosikan sebagai suatu produk berhenti merokok.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “perkiraan” termasuklah apa-apa perjanjian, aku janji atau persefahaman yang telah atau berkemungkinan memberi kesan mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau—

(a)

dengan memberi atau menerima apa-apa tajaan, pemberian, hadiah, ganjaran, biasiswa atau lain-lain faedah yang seumpamanya; atau

(b)

dengan menganjurkan apa-apa kempen, kursus, bengkel, forum, jerayawara, perundingan atau acara.

Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 17

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IV

Kawalan Penjualan

Bahagian V

Bahagian VI

Larangan Merokok

Bahagian VII

Liabiliti Pengilang, Pengimport atau Pengedar

Bahagian VIII

Pentadbiran

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XI

Bahagian XII

Peralihan