Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian III · Pampasan dan Program Pemulihan
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian III · Pampasan dan Program Pemulihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mahkamah boleh, dalam suatu permohonan yang suatu perintah perlindungan diminta, sebagai tambahan kepada pengeluaran suatu perintah perlindungan, membuat suatu perintah bahawa satu pihak atau lebih kepada pertikaian itu dirujuk kepada suatu program pemulihan, dengan syarat bahawa suatu perintah untuk merujuk mangsa kepada suatu program pemulihan hendaklah dibuat hanya dengan persetujuan mangsa itu.
(Dipotong oleh Akta A1538).
(Dipotong oleh Akta A1538).
Mahkamah yang mendengar suatu tuntutan bagi pampasan di bawah seksyen 10 boleh juga membuat perintah di bawah subseksyen (1).
Apabila menimbangkan apa-apa persoalan yang berhubungan dengan pembuatan sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, apabila ia dapat dilaksanakan, mengambil nasihat seseorang pegawai kebajikan masyarakat atau mana-mana orang lain yang terlatih atau berpengalaman.
Dalam seksyen ini, “program pemulihan” ertinya program yang disediakan oleh Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan bagi maksud pembangunan keluarga dan masyarakat.
Bahagian IV
Bahagian V