Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian II · Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
4. Perintah perlindungan interim
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga, mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap isteri atau suaminya atau bekas isteri atau bekas suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Suatu perintah perlindungan interim hendaklah dibuat melalui suatu permohonan kepada mahkamah.
Mahkamah dalam membuat suatu perintah perlindungan interim di bawah subseksyen (1) boleh memasukkan peruntukan yang melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau bekas suami atau kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Keganasan Rumah Tangga 15
Suatu perintah perlindungan interim yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, jika mahkamah berpuas hati bahawa adalah perlu bagi perlindungan dan keselamatan diri isteri atau suami atau bekas isteri atau bekas suami, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengadakan peruntukan bagi mana-mana satu perintah atau lebih yang dinyatakan dalam perenggan 6(1)(a) hingga (f).
Bagi maksud membuat perintah di bawah subseksyen (3a), peruntukan dalam subseksyen 6(3), (4) dan (5) hendaklah terpakai.
Perintah yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3a)
hendaklah mempunyai kuat kuasa selama tempoh perintah perlindungan interim itu.
Suatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuat kuasa—
apabila orang dilindungi dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis tentang penyiasatan yang telah selesai dan bahawa tiada tindakan selanjutnya akan diambil terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat;
apabila prosiding jenayah dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat jika, apabila dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis bahawa prosiding jenayah yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga akan dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, tiada permohonan bagi perintah perlindungan dibuat oleh orang dilindungi dalam masa tujuh hari selepas dimaklumkan sedemikian; atau
apabila permohonan bagi perintah perlindungan ditentukan oleh mahkamah jika, apabila dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis bahawa prosiding jenayah yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga akan dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, permohonan bagi perintah perlindungan dibuat oleh orang dilindungi dalam masa tujuh hari selepas dimaklumkan sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 16
Bahagian III
Pampasan dan Program Pemulihan
Bahagian IV
Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
Bahagian V