Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian III · Pampasan dan Program Pemulihan

10. Pampasan

(1)

Jika seseorang mangsa keganasan rumah tangga mengalami kecederaan diri atau kerosakan kepada harta atau kerugian kewangan akibat daripada keganasan rumah tangga itu, mahkamah yang mendengar tuntutan bagi pampasan boleh mengawardkan apa-apa pampasan berkenaan dengan kecederaan atau kerosakan atau kerugian itu sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah.

(2)

Mahkamah yang mendengar tuntutan bagi pampasan itu boleh mengambil kira—

(a)

kesakitan dan penderitaan mangsa itu, dan jenis dan takat kecederaan fizikal atau penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi yang dialami;

(b)

kos rawatan perubatan bagi kecederaan itu;

Undang-Undang Malaysia 22

(c)

apa-apa kehilangan pendapatan yang berbangkit daripadanya;

(d)

amaun atau nilai harta yang diambil atau dimusnahkan atau dirosakkan;

(e)

perbelanjaan perlu dan munasabah yang ditanggung oleh atau bagi pihak mangsa apabila mangsa itu terpaksa berpisah atau dipisahkan daripada defendan oleh sebab keganasan rumah tangga itu, seperti—

(i)

perbelanjaan penginapan yang disumbangkan kepada tempat selamat atau tempat berlindung;

(ii)

perbelanjaan pengangkutan dan pemindahan;

(iii)

perbelanjaan yang dikehendaki dalam menubuhkan suatu rumah tangga berasingan yang, tertakluk pada subseksyen (3), boleh termasuk amaun yang merupakan pembayaran pinjaman perumahan atau bayaran sewa atau sebahagian daripadanya, berkenaan dengan kediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan adil dan semunasabahnya perlu oleh mahkamah.

(3)

Dalam menimbangkan apa-apa perbelanjaan perlu dan munasabah yang boleh diambil kira di bawah subperenggan (2)(e)(iii), mahkamah boleh juga mengambil kira—

(a)

kedudukan kewangan mangsa itu serta juga defendan itu;

(b)

perhubungan yang wujud antara pihak-pihak itu dan kemunasabahan untuk menghendaki defendan itu membuat atau menyumbangkan pembayaran sedemikian;

(c)

kemungkinan prosiding lain diambil antara pihak-pihak itu dan perkara itu lebih sesuai diperlakukan di bawah undang-undang relevan yang berhubungan dengan peruntukan kewangan bagi isteri atau suami atau bekas isteri atau bekas suami dan orang tanggungan lain.

Keganasan Rumah Tangga 23

Report

Bahagian IV

Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan

Bahagian V

Pelbagai