Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Tatacara Mengenai Perintah Perlindungan Interim dan Perintah Perlindungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu perintah perlindungan interim boleh diminta sementara menunggu penyiasatan oleh pihak polis berikutan maklumat yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga.
Undang-Undang Malaysia 24
Permohonan ex parte bagi perintah perlindungan interim 12a. Suatu perintah perlindungan interim yang diminta di bawah seksyen 12 hendaklah dibuat secara ex parte oleh—
mangsa;
peguam mangsa itu; atau
seorang pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak mangsa itu.
Pengetepian perintah perlindungan interim 12b. Orang yang terhadapnya perintah perlindungan interim itu dibuat boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan.
Bahagian V