Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian V · Pelbagai
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian V · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga sedang atau telah dilakukan boleh memberikan maklumat berkenaan dengannya kepada seorang pegawai penguat kuasa.
Tiada seorang pun yang memberikan apa-apa maklumat sedemikian dengan suci hati boleh menanggung apa-apa liabiliti kerana fitnah atau selainnya berkenaan dengan pemberian maklumat itu.
Kesalahan boleh tangkap 18a.
Kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga hendaklah disifatkan sebagai kesalahan boleh tangkap.