Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian V · Pelbagai
19. Kewajipan pegawai penguat kuasa
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kewajipan seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah termasuk—
membantu seseorang mangsa keganasan rumah tangga untuk memfailkan suatu permohonan bagi perintah perlindungan interim berkenaan dengan keganasan rumah tangga itu;
mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa itu ke kediaman alternatif atau tempat selamat atau tempat berlindung jika pengangkutan sedemikian diperlukan;
mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa itu ke hospital atau tempat kemudahan perubatan yang terdekat bagi rawatan kecederaan jika rawatan itu diperlukan;
Keganasan Rumah Tangga 29
menjelaskan kepada mangsa itu hak untuk mendapatkan perlindungan terhadap keganasan rumah tangga;
menemankan mangsa ke kediaman mangsa itu atau kediaman sebelumnya untuk mengambil barang-barang peribadi.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang juga merupakan seorang pegawai polis hendaklah mempunyai kewajipan tambahan yang berikut:
menjalankan kuasa penangkapan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
mengeluarkan atau mengawasi pengeluaran seseorang yang dikeluarkan daripada kediaman bersama jika mahkamah telah mengeluarkan suatu perintah di bawah perenggan 6(1)(a);
memaklumkan mangsa mengenai status penyiasatan yang berhubungan dengan kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga; dan
memaklumkan mangsa mengenai status permohonan bagi suatu perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan, termasuk penyampaian bagi perintah itu, dan tarikh mahkamah yang berkaitan yang berhubungan dengan permohonan itu.