Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 · Updated to 24 May 2024 · Bab III
11. Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan penentuan hak, dsb., terhadap harta
Feedback & supportSesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding untuk menentukan—
(a)
apa-apa hak, kepentingan atau obligasi Negara asing itu dalam harta tidak alih yang berada di Malaysia;
(b)
apa-apa hak, kepentingan atau obligasi Negara asing dalam harta alih atau tidak alih yang timbul daripada pewarisan, hadiah atau bona vacantia; atau
(c)
apa-apa hak, kepentingan atau obligasi Negara asing dalam pentadbiran harta seperti harta amanah, estet seorang bankrap atau harta syarikat apabila syarikat itu digulung.