Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 · Updated to 24 May 2024 · Bab III
16. Had kekebalan jika ada perjanjian mengenai timbang tara
Feedback & supportJika wujud suatu perjanjian antara sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara atau seseorang ketua Kerajaan dengan mana-mana orang untuk mengemukakan kepada timbang tara di Malaysia apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan transaksi komersial, Negara asing, ketua Negara atau ketua Kerajaan itu tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan—
(a)
kesahan, tafsiran atau pemakaian perjanjian timbang tara;
(b)
tatacara timbang tara; atau
(c)
pengesahan atau mengetepikan award.