Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 · Updated to 24 May 2024 · Bab III
13. Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan penyertaan dalam syarikat, dsb
Feedback & supportSesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan penyertaannya dalam sesuatu syarikat atau badan kolektif yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang merupakan prosiding berkenaan dengan hubungan antara
Negara asing itu dengan syarikat atau badan kolektif lain itu atau peserta lain dalam syarikat atau badan kolektif itu, dengan syarat syarikat atau badan kolektif lain itu—
mempunyai peserta selain Negara asing itu atau organisasi antarabangsa; dan
diperbadankan atau ditubuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang Malaysia atau mempunyai alamat berdaftar atau tempat perniagaan utamanya di Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (1), kekebalan yang dinikmati oleh Negara asing itu tidak terjejas jika Negara asing itu dan pihak-pihak kepada pertikaian telah bersetuju untuk tidak tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah atau surat cara yang menubuhkan atau mengawal selia syarikat atau badan kolektif itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengandungi peruntukan yang memberikan kesan sedemikian.