Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 · Updated to 24 May 2024 · Bab III
12. Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan harta intelek, dsb
Feedback & supportSesuatu Negara asing tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan—
(a)
penentuan apa-apa hak Negara asing dalam sesuatu paten, reka bentuk industri, nama dagang atau nama perniagaan, cap dagang, hak cipta, petunjuk geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu atau apa-apa bentuk lain harta intelek atau industri; atau
(b)
suatu dakwaan pelanggaran oleh Negara asing, terhadap hak daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a)
yang dimiliki oleh pihak ketiga dan dilindungi, didaftarkan atau diberikan di Malaysia.
Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 15