Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 12

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), syarikat keretapi boleh, dalam hal peri mustahak, memasuki mana-mana tanah bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan tanpa mendapat kebenaran terdahulu daripada Ketua Pengarah, tetapi dalam hal sedemikian syarikat keretapi itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam selepas kemasukan itu, membuat satu laporan kepada Ketua Pengarah, dengan menyatakan jenis kemalangan atau kemalangan yang dibimbangkan itu dan jenis kerja yang perlu dilakukan.

(3)

Jika selepas menimbangkan laporan itu Ketua Pengarah berpendapat bahawa tidak terdapat bahaya atau bahaya yang dibimbangkan kepada orang awam, syarikat keretapi itu hendaklah dengan serta-merta memberhentikan kerja di atas tanah itu.

Pembayaran pampasan