Skip to content

Seksyen 11

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 11 of 106

Seksyen 11

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, bila masa perlu untuk berbuat demikian, syarikat keretapi boleh, bagi maksud membina keretapi atau kemudahan atau kerja lain yang berkaitan dengannya—

Keretapi 23

(a)

membuat atau membina di, pada, merintangi, di bawah atau di atas mana-mana tanah atau sungai, apa-apa kerja atau struktur sementara, termasuklah jalan, jambatan, rel, jalan lalu, konduit dan parit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat keretapi itu; dan

(b)

mengubah secara sementara haluan mana-mana jalan, lebuh atau jalan lalu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat keretapi itu.

(2)

Subsection