Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 14

(a)

apa-apa dan sekian banyak lintasan, jambatan, gerbang, pembentung dan lorong lalu yang sesuai di atas, di bawah atau di sisi atau menuju ke atau dari keretapi itu, yang pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud mengatasi apa-apa gangguan pada penggunaan tanah yang disebabkan oleh pembinaan suatu keretapi;

(b)

segala gerbang, terowong, pembentung, parit, alur air atau lorong lalu lain yang perlu di atas atau di bawah atau di sisi keretapi itu daripada apa-apa dimensi yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah mencukupi pada setiap masa untuk membawa air dari atau ke tanah yang berdampingan atau terletak berhampiran dengan keretapi itu dengan semudahnya sebelum pembinaan keretapi itu atau dengan sehampir mudah yang boleh.

(2)

Tertakluk kepada Akta ini, kerja yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah dibuat semasa atau selepas sahaja pembentangan atau pembentukan keretapi itu di atas tanah yang dilaluinya, dan mengikut apa-apa cara yang akan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan, kemudaratan atau kesusahan yang mungkin kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu atau yang terjejas oleh kerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan jika terdapat kerosakan atau kemudaratan pada tanah itu, syarikat keretapi hendaklah membayar pampasan mencukupi kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu.

(3)

Syarikat keretapi tidaklah dikehendaki—

(a)

untuk membuat apa-apa kerja kemudahan mengikut apa-apa cara yang akan menahan atau menghalang pengerjaan atau penggunaan sesuatu keretapi; atau 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(b)

untuk membuat apa-apa kerja kemudahan yang berkenaan dengannya tuan punya dan penduduk tanah itu telah bersetuju untuk menerima dan telah dibayar pampasan sebagai balasan kepada mereka yang tidak menghendaki kerja itu dibuat.

(4)

Jika syarikat keretapi telah mengadakan lintasan yang sesuai bagi sesuatu jalan atau anak sungai, dan jalan atau anak sungai itu kemudiannya dilencongkan oleh perbuatan atau pengabaian orang yang mempunyai kawalan ke atasnya, syarikat keretapi itu tidak boleh dikehendaki mengadakan apa-apa lintasan lain bagi jalan atau anak sungai itu.

Kerja tambahan