Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 25

(2)

Menteri hendaklah memberikan kelulusannya bagi pembukaan suatu keretapi hanya setelah dia menerima suatu laporan bertulis daripada jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah bahawa—

(a)

dia telah membuat pemeriksaan cermat akan keretapi itu;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(b)

berat rel, kekuatan jambatan, sifat struktur am kerja, dan saiz serta muatan kasar maksimum di atas gandar mana-mana stokereta adalah seperti yang telah ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

dan

(c)

pada pendapatnya pembukaan keretapi itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada penumpang atau apa-apa kerosakan kepada barang yang dibawa di atasnya.

(3)

Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis—

(a)

bagi apa-apa kerja tambahan yang menjadi sebahagian daripada atau berkaitan secara langsung dengan keretapi yang telah dibina selepas pemeriksaan yang mendahului pembukaan pertama keretapi itu; dan

(b)

bagi apa-apa pembinaan semula yang menyentuh secara material sifat struktur mana-mana keretapi.

Pemeriksaan