Skip to content

Seksyen 40

Pelupusan barang tidak dituntut

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 40 of 106
Seksyen 40

(1)

Apabila apa-apa barang telah berada dalam milikan sesuatu syarikat keretapi untuk pengangkutan atau selainnya, dan tidak dituntut oleh pemunya atau orang lain yang ternyata kepada syarikat keretapi itu sebagai berhak kepadanya, syarikat keretapi itu hendaklah, jika pemunya atau orang itu dikenali, menyebabkan suatu notis disampaikan kepada pemunya atau orang itu yang menghendakinya supaya mengalihkan barang itu.

(2)

Jika pemunya atau orang itu tidak dikenali, atau notis itu tidak boleh disampaikan kepadanya, atau jika dia tidak mematuhi notis itu, syarikat keretapi itu boleh, selepas masa yang munasabah, menjual barang itu dengan seberapa hampir yang boleh mengikut seksyen 39

dan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya.