Skip to content

Seksyen 39

Lien bagi tambang, kadar dan caj lain

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 39 of 106
Seksyen 39

(1)

Jika, atas permintaan yang dibuat oleh atau bagi pihak suatu syarikat keretapi, mana-mana orang gagal membayar apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi daripadanya berkenaan dengan apa-apa barang, sama ada jumlah wang itu kena dibayar bagi pembawaan, pengendalian, penyimpanan, demuraj atau caj lain, atau sebagai pembayaran semula apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh

Keretapi 41

syarikat keretapi itu atau apa-apa jumlah wang lain walau bagaimana sekalipun ia berbangkit, maka syarikat keretapi itu boleh menahan keseluruhan atau mana-mana barang itu atau, jika barang itu telah dialihkan dari premis keretapi itu, apa-apa barang lain kepunyaan orang itu yang ketika itu berada atau yang selepas itu berada dalam milikan syarikat keretapi itu.

(2)

Apabila apa-apa barang telah ditahan di bawah subseksyen (1)

syarikat keretapi itu boleh—

(a)

dalam hal barang mudah musnah, menjualkannya dengan serta-merta melalui lelongan awam atau perjanjian persendirian sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat; dan

(b)

dalam hal barang lain, menjual melalui lelongan awam, apabila habis tempoh notis sekurang-kurangnya empat belas hari mengenai lelongan yang diniatkan itu yang disiarkan dalam satu atau lebih akhbar tempatan, apa-apa kuantiti barang yang memadai untuk mendapatkan semula jumlah wang yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu berserta dengan segala perbelanjaan bagi penahanan, notis dan jualan sedemikian, termasuklah, dalam hal haiwan, perbelanjaan bagi memberi makan, memberi minuman dan menjaganya.

(3)

Syarikat keretapi boleh, daripada hasil jualan itu, memegang simpan amaun jumlah wang dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu, dengan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, dan apa-apa barang yang masih tidak terjual kepada orang yang berhak kepadanya.

(4)

Jika orang yang berhak kepada barang itu gagal mengalihkan mana-mana barang yang masih tidak terjual dari premis keretapi itu, dalam sesuatu masa yang munasabah, syarikat keretapi itu boleh menjual keseluruhan barang itu dan hendaklah, selepas memotong perbelanjaan penahanan dan penjualan lanjut barang itu, memberikan lebihan hasil jualan itu kepada orang yang berhak kepadanya.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(5)

Orang yang berhak mengalihkan barang itu tidak boleh berbuat demikian melainkan jika dia memberi syarikat keretapi itu sejumlah wang yang sama dengan kos, caj dan perbelanjaan penahanan lanjut barang itu dari tarikh penjualan di bawah subseksyen (2) sehinggalah tarikh pengalihan barang itu.

(6)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, syarikat keretapi itu boleh mendapatkan kembali apa-apa jumlah wang yang disebutkan dalam subseksyen (1) melalui guaman atau tindakan.