Skip to content

Seksyen 41

Rekuisisi bagi akuan bertulis mengenai perihalan barang

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 41 of 106
Seksyen 41

(1)

Pemunya atau orang yang menjaga mana-mana barang yang dihantar serah kepada suatu syarikat keretapi bagi maksud pengangkutan, dan penerima konsain mana-mana barang yang telah diangkut itu, hendaklah, atas permintaan mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh syarikat keretapi, menghantar serah kepada pegawai itu suatu akuan bertulis yang ditandatangani oleh pemunya atau orang itu, atau oleh penerima konsain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang

Keretapi 43

mengandungi suatu perihalan barang sebagaimana yang memadai untuk menentukan kadar caj yang berhak dikenakan oleh syarikat keretapi itu berkenaan dengannya.

(2)

Jika pemunya, orang, atau penerima konsain itu enggan atau abai memberikan suatu akuan sedemikian atau enggan membuka bungkusan yang mengandungi barang itu supaya perihalannya boleh ditentukan, syarikat keretapi itu boleh—

(a)

berkenaan dengan barang yang telah dibawa bagi maksud pengangkutan, enggan membawa barang itu melainkan jika suatu kadar dibayar berkenaan dengannya yang tidak melebihi kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas keretapi bagi apa-apa kelas barang; atau

(b)

berkenaan dengan barang yang telah diangkut, mengenakan suatu kadar yang tidak melebihi kadar tertinggi itu.

(3)

Jika suatu akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1)

adalah pada materialnya palsu berkenaan dengan perihalan mana-mana barang yang dikatakan dimaksudkan olehnya, dan yang telah diangkut, maka syarikat keretapi itu boleh mengenakan, berkenaan dengan pengangkutan barang itu, suatu kadar yang tidak melebihi dua kali ganda kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas keretapi bagi apa-apa kelas barang.

(4)

Jika apa-apa perselisihan berbangkit di antara seorang pegawai keretapi dengan pemunya atau orang yang menjaga, atau penerima konsain, mana-mana barang yang telah dihantar serah untuk pengangkutan, atau yang telah diangkut, berkenaan dengan perihalan barang yang menjadi subjek suatu akuan di bawah seksyen ini, pegawai keretapi itu boleh menahan dan memeriksa barang itu.

(5)

Jika ternyata daripada pemeriksaan itu bahawa perihalan barang itu adalah berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1), orang yang menghantar serah akuan itu, jika orang itu bukan pemunya barang itu, maka orang itu dan pemunya barang itu secara bersesama dan berasingan, adalah

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu kos penahanan dan pemeriksaan barang itu, dan syarikat keretapi itu hendaklah dilepaskan daripada segala tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang mungkin telah disebabkan oleh penahanan atau pemeriksaan barang itu.

(6)

Jika ternyata bahawa perihalan barang itu tidak berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1), syarikat keretapi itu hendaklah membayar kos penahanan dan pemeriksaan itu, dan hendaklah bertanggungjawab kepada pemunya barang itu atas apa-apa kerugian seperti yang disebut terdahulu.

(7)

Mana-mana orang yang terjejas secara mudarat oleh peruntukan subseksyen (3) atau (5) boleh, melainkan jika dia telah terdahulu mengakui liabilitinya, dalam masa tujuh hari daripada pembuatan suatu tuntutan oleh atau bagi pihak syarikat keretapi itu di bawah mana-mana subseksyen yang terdahulu, menghendaki, melalui notis bertulis, syarikat keretapi itu supaya mendapatkan tuntutan itu melalui guaman atau tindakan, dan sehingga penamatan guaman atau tindakan itu, hak syarikat keretapi untuk mendapat tuntutan itu melalui penjualan dan penahanan hasilnya mengikut cara yang ditetapkan di bawah seksyen ini adalah tergantung.