Skip to content

Seksyen 42

Barang merbahaya atau memudaratkan

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 42 of 106
Seksyen 42

(1)

Tiada seorang pun boleh membawa atau menyebabkan dibawa ke atas keretapi atau menghendaki sesuatu syarikat keretapi mengangkut atau memegang apa-apa barang merbahaya atau memudaratkan di atas keretapi kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubungan dengan pemilikan atau pengangkutan barang merbahaya atau memudaratkan.

Keretapi 45