Malaysia legislation

Section 62

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 62

Penalti kerana menceroboh

Mana-mana orang yang menceroboh sesuatu keretapi atau mana-mana premis keretapi melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, jika mana-mana orang sedemikian enggan meninggalkan keretapi atau premis keretapi itu apabila diminta berbuat demikian oleh mana-mana pegawai keretapi, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan boleh dikeluarkan dengan serta-merta dari keretapi atau premis keretapi.

Penalti kerana memandu apa-apa kenderaan atau menghalau haiwan ke atas atau melintasi landasan keretapi