Malaysia legislation

Section 65

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 65

Mana-mana orang yang—

(a)

mana-mana orang membuka atau cuba membuka mana-mana get yang diletakkan di mana-mana belah landasan keretapi yang merintangi sesuatu jalan, atau lalu atau cuba untuk lalu, atau memandu atau membawa atau cuba untuk memandu atau membawa, apa-apa kenderaan, haiwan atau benda lain melintasi landasan keretapi itu; atau

(b)

semasa ketiadaan seorang penjaga get, mana-mana orang tidak menutup dan menyelak dan, jika perlu, tidak mengunci sesuatu get seperti yang disebut terdahulu sebaik sahaja dia dan mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain yang di bawah jagaannya telah lalu menerusi get itu,

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

maka dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Menghalang atau cuba menghalang keretapi dengan niat jahat