Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Penalti kerana kerosakan, sama ada sengaja atau cuai
(a)
dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan mana-mana keretapi atau mana-mana harta yang dipunyai oleh suatu syarikat keretapi;
(b)
mengalihkan pasir, batu, tanah, atau apa-apa perkara atau benda lain dari tebing, jambatan, pembetung, tembok penahan atau landasan keretapi kepunyaan suatu syarikat keretapi; atau
(c)
menebang balak mengikut cara yang berkemungkinan membahayakan keselamatan tren yang lalu atau mana-mana orang di dalam atau di atas tren itu, atau menyebabkan kerosakan kepada landasan keretapi itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang mengikat dawai bagi pagar dawai, memecahkan atau memusnahkan apa-apa pagar atau pagar hidup, atau melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan yang merosakkan atau berkemungkinan merosakkan apa-apa pagar atau pagar hidup yang berkaitan dengan suatu keretapi melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Keretapi 55
(3)
Mana-mana orang yang, dengan sengaja atau dengan cuai, melencongkan mana-mana anak sungai atau parit atau, melalui apa-apa cara, menyebabkan air mengalir ke atas keretapi atau menyebabkan kerosakan kepada sesuatu keretapi mengikut apa-apa cara melalui air, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(4)
Mana-mana orang, yang mempunyai apa-apa kontrak untuk membekalkan batu-bata, batu kerikil, balak, bahan api, atau apa-apa bahan lain kepada syarikat keretapi, atau yang diambil kerja berkaitan dengan pembekalan bahan itu kepada syarikat keretapi, yang dengan cuai meletakkan atau menyusun bahan tersebut mengikut cara yang tidak selamat atau tidak cermat, atau kurang daripada jarak yang ditetapkan dari rel itu, sehinggakan keselamatan tren yang lalu atau mana-mana orang di dalam atau di atas tren itu dibahayakan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Membuka atau tidak menutup get dengan betul