Malaysia legislation

Section 66

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 66

Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang—

(a)

meletakkan, melemparkan atau menyebabkan terjatuh ke arah, di atas atau merintangi sesuatu keretapi apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain;

(b)

mengambil, mengalihkan, melonggarkan, atau memindahkan apa-apa rel, ranjang landas atau perkara atau benda lain yang berkaitan dengan sesuatu keretapi;

(c)

memusingkan, menggerakkan, membuka kunci atau melencongkan apa-apa tempat keretapi atau jentera lain yang berkaitan dengan sesuatu keretapi;

(d)

menggerakkan mana-mana bahagian stokereta di atas landasan keretapi atau meninggalkannya di atas mana-mana bahagian landasan keretapi;

(e)

membuat, menunjukkan, menyembunyikan atau mengalihkan apa-apa isyarat atau lampu di atas atau berhampiran dengan sesuatu keretapi; atau

(f)

melakukan atau menyebabkan dilakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan atau benda lain berhubungan dengan sesuatu keretapi, dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, menghalang pengerjaan keretapi itu, atau membahayakan keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan, atau yang berada di atas, keretapi itu, maka dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan

Keretapi 57

selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

Mencederakan atau cuba mencederakan dengan niat jahat orang yang membuat perjalanan dengan tren