Seksyen 75
Mendapatkan kembali tambang, caj atau ganti rugi
Apabila mana-mana orang disabitkan di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah atas suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah itu boleh, sebagai tambahan pada pengenaan apa-apa penalti di bawah Akta ini, menentukan atau mentaksirkan amaun apa-apa tambang, caj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang mungkin menjadi kena dibayar oleh orang itu kepada syarikat
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
keretapi, dan memerintahkan amaun itu dibayar oleh orang itu kepada syarikat keretapi.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menahan pendapatan kembali apa-apa tambang, caj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa-apa jua pun jumlah wang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh mana-mana orang kepada syarikat keretapi melalui suatu tuntutan sivil di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sivil.