Railways Act 1991 · Updated to 1 Sep 2012 · Bahagian IX · Kesalahan dan Penalti
74. Penangkapan pesalah
Feedback & supportMana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh ditangkap, tanpa waran, oleh mana-mana pegawai keretapi atau oleh mana-mana pegawai polis atau oleh mana-mana orang lain yang boleh dipanggil oleh pegawai keretapi atau pegawai polis itu untuk membantunya, dan tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah, dengan seberapa segera yang patut, dibawa ke balai polis yang berhampiran supaya dapat diuruskan mengikut undang-undang:
Dengan syarat bahawa seorang pegawai keretapi tidak boleh melakukan apa-apa tangkapan sedemikian di luar premis keretapi.