Skip to content

Seksyen 76

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 76 of 106
Seksyen 76
(1)

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan kesalahan itu dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau pengetahuan, atau disebabkan oleh apa-apa pengabaian di pihak, mana-mana pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana orang yang dikatakan bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, maka dia, dan juga pertubuhan perbadanan itu, melakukan kesalahan itu dan tindakan boleh diambil terhadapnya serta boleh dihukum dengan sewajarnya.

(2)

Jika hal ehwal sesuatu pertubuhan perbadanan diuruskan oleh anggotanya, subseksyen (1) hendaklah terpakai berhubungan dengan perbuatan dan keingkaran seseorang anggota berkaitan dengan fungsi pengurusannya seolah-olah dia adalah pengarah pertubuhan perbadanan itu.