Seksyen 77
Mengkompaun kesalahan
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sebagaimana yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya dengan memungut daripada mana-mana orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi tiga ratus ringgit.
Keretapi 61
(2)
Ketua
Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan dan cara dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.