Malaysia legislation
Section 88
Seksyen 88
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
(a)
untuk memastikan dan mengawal selia pembawaan selamat penumpang dan barang oleh mana-mana syarikat keretapi;
(b)
untuk mengawal selia penggunaan dan penyenggaraan selamat premis keretapi;
(c)
untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai barang merbahaya atau memudaratkan dan pengawalseliaan pembawaan barang sedemikian;
(d)
untuk menetapkan caj maksimum yang kena dibayar bagi membawa penumpang dan barang oleh mana-mana syarikat keretapi;
(e)
untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai penyakit berjangkit atau menular dan untuk mengawal selia syarat yang di bawahnya syarikat keretapi boleh membawa orang atau haiwan yang mengalami penyakit berjangkit atau menular itu, dan untuk mengadakan peruntukan mengenai disinfeksi koc yang telah digunakan oleh orang atau haiwan itu;
(f)
untuk mengawal selia pembinaan dan penyenggaraan keretapi dan pelintasan atau cara menghampiri mana-mana jalan awam atau jalan besar oleh sesuatu tren;
(g)
untuk mengadakan peruntukan bagi pencegahan pencerobohan, kacau ganggu atau galangan ke atas, atau kerosakan atau kecacatan kepada, sesuatu keretapi;
(h)
untuk mengadakan peruntukan bagi pengekalan dan penggalakan ketertiban, kesucian dan kebersihan di atas sesuatu keretapi;
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
(i)
untuk menetapkan borang dan tatacara yang berhubungan dengan pendaftaran pemandu tren dan mana-mana orang lain yang diamanahkan dengan penjagaan, pengawalan atau pengendalian keretapi dan untuk menetapkan kelayakan minimum yang perlu dimiliki oleh orang itu; dan
(j)
untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan get atau sawar sesuatu lintasan rata kerja dan untuk mengawal selia penggunaan lintasan itu.