Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
(a)
mengambil milikan sementara akan mana-mana keretapi atau perkhidmatan atau kemudahan keretapi yang diadakan, disenggarakan atau dikerjakan oleh sesuatu syarikat keretapi;
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
(b)
menarik balik, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, penggunaan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan keretapi daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
(2)
Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai kewujudan sesuatu darurat awam atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan
Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai hal itu.
(3)
Jika Kerajaan mengambil milik mana-mana keretapi atau perkhidmatan atau kemudahan keretapi di bawah perenggan (1)(a),pampasan mencukupi hendaklah dibayar.
Sekatan mengenai pelaksanaan terhadap harta keretapi