Skip to content

Seksyen 85

Pengemukaan memorandum bagi apa-apa pertukaran pada struktur tambang, dsb., yang sedia ada

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 85 of 106
Seksyen 85

(1)

Mana-mana syarikat keretapi yang dilesenkan di bawah

Akta ini hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Ketua

Pengarah suatu memorandum bagi apa-apa pertukaran pada struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada, bagi kelulusan Menteri, dan jika tiada jawapan diterima daripada Menteri dalam masa enam bulan daripada pengemukaannya, pertukaran pada struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh itu.

(2)

Syarikat keretapi itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyiarkan pertukaran struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, salah satunya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membuat pemberitahuan yang perlu dalam Warta berkenaan dengan pertukaran struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu.