Skip to content

Seksyen 87

Sekatan mengenai pelaksanaan terhadap harta keretapi

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 87 of 106
Seksyen 87

(1)

Tiada satu pun stokereta, jentera, loji, alat, kelekapan, bahan atau harta benda yang digunakan atau disediakan oleh sesuatu syarikat keretapi bagi maksud trafik di atas keretapinya, atau bagi maksud stesen atau bengkelnya, boleh diambil untuk pelaksanaan apa-apa dekri atau perintah mana-mana mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau orang yang mempunyai kuasa menurut undang-undang untuk menahan atau merampas harta, atau selainnya menyebabkan harta diambil untuk pelaksanaan melainkan jika melalui perintah atau arahan mahkamah menurut perenggan 80(1)(b).

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyentuh kuasa mana-mana mahkamah untuk menahan pendapatan sesuatu syarikat keretapi untuk pelaksanaan sesuatu penghakiman atau perintah.