Skip to content

Seksyen 14

Kehilangan permit kerja

of Akta Kerja (Sekatan) 1968

ActIn forceProvision 14 of 20
Seksyen 14
(1)

Apabila sesuatu permit kerja hilang, musnah atau rosak, seseorang yang berkenaan dengannya permit kerja itu telah dikeluarkan hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa dan hendaklah memohon suatu permit kerja gantian.

(2)

Suatu permit kerja gantian boleh dikeluarkan oleh Ketua

Pengarah atau orang yang diberi kuasa sebagai ganti permit kerja yang telah hilang, musnah atau rosak itu.

(3)

Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (1), selepas memberitahukan kehilangan permit kerjanya, mendapat kembali milikan permit kerja itu dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa berkenaan dengan milikan yang didapat kembali itu.

(4)

Jika mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)

mendapat kembali milikan permit kerjanya selepas suatu permit kerja gantian dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2), dia hendaklah dengan serta-merta mengembalikan permit kerja yang didapat kembali itu bagi pembatalan.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 796

(5)

Mana-mana orang yang menjumpai atau memperoleh sesuatu permit kerja selain permit kerjanya sendiri hendaklah dengan serta-merta menyerahkannya kepada Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa, atau kepada balai polis yang paling hampir, atau pejabat pos.