Employment (Restriction) Act 1968 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IV
20. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan secara amnya bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan peraturan-peraturan itu boleh—
menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;
menetapkan bentuk daftar, permohonan dan permit atau borang lain yang dikehendaki disimpan, digunakan atau dikeluarkan;
mengadakan peruntukan bagi tatacara penggantian permit kerja yang hilang atau cacat;
mengadakan peruntukan bagi cara dan tempat permohonan permit kerja boleh dibuat;
mengadakan peruntukan bagi maklumat dan dokumen yang dikehendaki diberikan bagi maksud permohonan permit kerja;
mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan dan pengemukaan permit kerja;
Kerja (Sekatan)
mengadakan peruntukan bagi mengambil dan merekodkan fotograf orang yang memohon permit kerja;
mengadakan peruntukan bagi membuat pembetulan dan pengubahan dalam daftar dan permit kerja;
menghendaki pengemukaan apa-apa penyata oleh mana-mana orang berhubung dengan pengambilan kerja bukan warganegara yang baginya Bahagian II terpakai mengikut apa-apa borang sebagaimana yang ditetapkan;
menetapkan bahawa mana-mana perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan; dan
mengadakan peruntukan secara amnya bagi maksud memberi kuat kuasa kepada Akta ini.