Skip to content

Seksyen 120

Pihak-pihak dalam guaman sivil dan isteri dan suami

of Akta Keterangan 1950

ActIn forceProvision 121 of 168
Seksyen 120
(1)

Dalam semua prosiding sivil, pihak-pihak dalam guaman itu, dan suami atau isteri kepada mana-mana pihak dalam guaman itu, ialah saksi berwibawa.

(2)

Dalam prosiding jenayah terhadap mana-mana orang, suami atau isteri orang itu masing-masingnya saksi berwibawa.

(3)

Dalam prosiding jenayah, tertuduh ialah saksi berwibawa bagi pihak dirinya sendiri, dan boleh memberikan keterangan mengikut cara yang sama dan dengan kesan dan akibat yang sama seperti mana-mana saksi lain:

Dengan syarat bahawa, setakat yang pemeriksaan balas itu berhubung dengan kebolehpercayaan tertuduh itu, mahkamah boleh mengehadkan pemeriksaan balas itu setakat yang difikirkannya wajar, walaupun pemeriksaan balas yang dicadangkan itu mungkin boleh dibenarkan dalam hal mana-mana saksi lain.

Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret