Skip to content

Seksyen 132

of Akta Keterangan 1950

ActIn forceProvision 133 of 168

Seksyen 132

(1)

Seseorang saksi tidak boleh dikecualikan daripada menjawab apa-apa soalan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan perkara persoalan dalam mana-mana guaman, atau dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah, atas alasan bahawa jawapan kepada soalan itu akan melibatkannya dalam jenayah, atau secara langsung atau secara tidak langsung cenderung melibatkannya dalam jenayah, atau bahawa jawapan itu akan mendedahkan atau secara langsung atau secara tidak langsung cenderung mendedahkan saksi itu kepada apa jua jenis penalti atau pelucuthakan, atau bahawa jawapan itu akan membuktikan atau cenderung membuktikan yang dia berhutang atau selainnya tertakluk kepada guaman sivil atas kehendak Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana orang lain.

(2)

Tiada jawapan yang seseorang saksi dipaksa oleh mahkamah supaya memberinya boleh menyebabkan dia ditangkap atau didakwa, atau boleh dibuktikan terhadapnya dalam mana-mana prosiding jenayah, kecuali pendakwaan kerana memberikan keterangan palsu melalui jawapan itu.

(3)

Sebelum memaksa seseorang saksi menjawab sesuatu soalan yang jawapannya akan melibatkannya dalam jenayah atau boleh secara langsung atau secara tidak langsung cenderung melibatkannya dalam jenayah, mahkamah hendaklah menghuraikan kepada saksi itu maksud subseksyen (2).

Keterangan 99