Evidence Act 1950 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab IX
122. Komunikasi dalam masa perkahwinan
Feedback & supportTiada seorang pun yang berkahwin atau telah berkahwin boleh dipaksa untuk mendedahkan apa-apa komunikasi yang telah dibuat kepadanya dalam masa perkahwinannya oleh orang yang dengannya dia berkahwin atau telah berkahwin; dan dia juga tidak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa komunikasi sedemikian melainkan jika orang yang telah membuat komunikasi itu atau wakilnya dari segi kepentingan mengizinkan, kecuali dalam guaman suami isteri atau dalam prosiding yang dalamnya seseorang yang beristeri atau bersuami didakwa kerana apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap isteri atau suaminya.