Seksyen 130
Pengemukaan surat ikatan hakmilik kepunyaan saksi yang tidak menjadi pihak
Tiada saksi yang tidak menjadi pihak dalam guaman boleh dipaksa mengemukakan dokumen hakmiliknya mengenai apa-apa harta, atau apa-apa dokumen lain yang menurut kuasanya dia memegang apa-apa harta sebagai pemegang sandaran atau pemegang gadai janji, atau apa-apa dokumen yang pengemukaannya mungkin cenderung untuk melibatkannya dalam jenayah, melainkan jika dia telah bersetuju secara bertulis untuk mengemukakannya dengan orang yang menghendaki pengemukaan dokumen itu atau dengan seseorang lain yang melaluinya dia menuntut.
(2)
Tiada saksi yang menjadi pihak dalam guaman terikat untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang ada dalam miliknya atau di bawah kuasanya, yang tidak berkaitan dengan atau tidak matan bagi kes pihak yang menghendaki pengemukaan dokumen itu.
(3)
Tiada bank boleh dipaksa mengemukakan bukunya dalam mana-mana prosiding undang-undang yang bank itu tidak menjadi pihak kepadanya, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang keterangan yang berhubungan dengan buku jurubank.
Undang-Undang Malaysia 98
Akta 56