Akta Koperasi 1993 · Updated to 1 Apr 2015 · Bahagian VI · Harta dan Kumpulan Wang Koperasi
54. Pelaburan Kumpulan wang
Feedback & supportTertakluk kepada undang-undang kecilnya, sesuatu koperasi boleh melaburkan kumpulan wang lebihannya dalam—
mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia,
Bank Negara Malaysia atau mana-mana sekuriti lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya; atau
syer mana-mana koperasi lain.
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam peraturan-peraturan, tiada koperasi boleh melabur kumpulan wang lebihannya dalam—
bon atau debentur mana-mana koperasi lain;
sekuriti mana-mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di Malaysia, selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1);
subsidiarinya; atau
apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit;
atau
dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
.