Skip to content

Seksyen 86B

of Akta Koperasi 1993

ActIn forceProvision 108 of 119

Seksyen 86B

(1)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini termasuk perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa sepenuhnya kepada atau untuk menjalankan mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah kepada, menggantikan, atau selainnya meminda Jadual di bawah subseksyen (1) dan apabila penyiaran perintah itu, Jadual, sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah kepada, digantikan atau selainnya dipinda, hendaklah berkuat kuasa penuh dan hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian integral Akta ini sebagaimana dari tarikh penyiaran itu, atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3)

Mana-mana arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh berhubung dengan kesemua, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan koperasi, dan peruntukan yang berlainan

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

boleh dibuat untuk koperasi, kelas, kategori atau perihalan koperasi yang berlainan.