Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian V · Rayuan dan Lembaga Rayuan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian V · Rayuan dan Lembaga Rayuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud menjalankan, menggalakkan atau menyelaraskan penyelidikan berhubungan dengan apa-apa aspek pencemaran atau pencegahannya, Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Majlis, membuat suatu perintah bagi pengenaan dan pemungutan, atau pengubahan atau pembatalan pengenaan, suatu ses ke atas buangan yang dihasilkan.
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengadakan peruntukan—
bagi kadar ses berlainan yang hendak dikenakan berkenaan dengan jenis berlainan buangan yang dihasilkan termasuklah isipadu dan komposisi buangan;
bagi cara pemungutan ses oleh Ketua Pengarah; dan
bagi pengecualian mana-mana orang atau golongan orang, atau berkenaan dengan apa-apa buangan yang dihasilkan selain daripada bagi maksud penyelidikan, daripada pembayaran ses.
Ses yang dipungut di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 36B.
Bahagian VI