Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian V · Rayuan dan Lembaga Rayuan

36C. Jawatankuasa Kumpulan Wang Alam Sekeliling

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kumpulan Wang Alam Sekeliling yang hendaklah mempunyai kawalan pada Kumpulan Wang itu.

(2)

Jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

dua Pegawai Kanan Alam Sekeliling yang akan dilantik oleh Menteri;

(c)

dua pegawai awam yang akan dilantik oleh Menteri; dan

(d)

dua anggota Majlis yang dilantik oleh Menteri.

(3)

Tiada mesyuarat Jawatankuasa boleh diadakan semasa ketiadaan Ketua Pengarah.

(4)

Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa hendaklah tiga orang.

(5)

Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa boleh menentukan prosidingnya sendiri.

58

Undang-Undang Malaysia

Report