Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian II · Pentadbiran

6. Hilang kelayakan, meletakkan jawatan dan mengosongkan jawatan

(1)

Orang-orang yang berikut adalah hilang kelayakan daripada dilantik atau daripada menjadi ahli Majlis:

(a)

seseorang yang tidak sempurna akal atau pun tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipannya;

(b)

seseorang yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan berkenaan dengan tipuan, kecurangan atau keburukan akhlak; dan 24

Undang-Undang Malaysia

(c)

seseorang yang bankrap atau yang telah membuat sesuatu perkiraan dengan pemiutang-pemiutang.

(2)

Seseorang ahli Majlis yang dilantik hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan jawatannya—

(a)

apabila dia mati;

(b)

apabila dia meletakkan jawatan;

(c)

apabila dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Menteri; atau

(d)

jika dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (1), dan seorang ahli baharu hendaklah dilantik menggantikannya mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini.

Report

Bahagian III

Lesen

Bahagian IV

Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai