Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian II · Pentadbiran

7. Memanggil mesyuarat, kuorum, pengundian, acara dan minit

(1)

Majlis hendaklah bermesyuarat sekali dalam tiap-tiap empat bulan dalam setahun dan hendaklah, sebagai tambahan, bermesyuarat sebagaimana dan apabila dipanggil oleh Pengerusi.

(2)

Lapan orang ahli adalah menjadi kuorum dalam sesuatu mesyuarat Majlis.

(3)

Jika mengenai sesuatu soal yang hendak diputuskan oleh Majlis bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau jika Pengerusi tidak hadir ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu adalah berhak memberi suatu undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(4)

Tertakluk pada Akta ini, Majlis hendaklah menetapkan acaranya sendiri.

(5)

Minit hendaklah disimpan mengenai segala mesyuarat Majlis dan salinan-salinannya hendaklah dihantar kepada Menteri.

Kualiti Alam Sekeliling 25

(6)

Menteri boleh menjemput atau meminta seorang, yang bukan anggota Majlis, untuk menghadiri apa-apa mesyuarat Majlis bagi maksud menasihatinya mengenai perkara yang dibincangkan tetapi orang yang hadir sedemikian itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.

Report

Bahagian III

Lesen

Bahagian IV

Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai