Seksyen 3
Kenaikan had amaun wang yang diperdapat dan wang yang diterima
of Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020
Had amaun bagi jumlah amaun wang yang boleh diperdapat di bawah subseksyen 3(1) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan jumlah amaun wang yang boleh diterima di bawah subseksyen 3(1) Akta
Pendanaan Kerajaan 1983 yang ditetapkan dalam Perintah Pinjaman
(Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had
Statutori Wang yang Diterima) 2009 [P.U. (A) 241/2009] pada kadar lima puluh lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
Malaysia, dinaikkan sehingga enam puluh lima peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia, apabila dikira bersama.
(2)
Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh mulai tarikh Akta ini disiarkan dalam Warta hingga 31 Disember 2022 dan semasa tempoh itu Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori
Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had Statutori Wang yang
Diterima) 2009 digantung.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “Keluaran Dalam Negara Kasar
Malaysia” ertinya Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia yang terkini yang disahkan oleh Menteri.
Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan
Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))
7